jzati ahmad: PERANAN DAN KEPENTINGAN PUASA, ZAKAT, DAN HAJI DALAM KEHIDUPAN

Saturday 19 March 2016

PERANAN DAN KEPENTINGAN PUASA, ZAKAT, DAN HAJI DALAM KEHIDUPAN

ni assignment aku sem 1,
pendidikan islam,
serabut sikit almaklumlah kopi pasta ja.

LOGO KORANG
AA101
PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK :
PERANAN DAN KEPENTINGAN PUASA, ZAKAT, DAN HAJI DALAM KEHIDUPAN
KUMPULAN  - 9 -
NAMA PENSYARAH :
HJ ALI

NAMA AHLI
NO PENDAFTARAN
ALI
03DKA13FXXX
LYANA
03DKA13FXXX
MEEN
03DKA13FXXX
DIANA
03DKA13FXXX



ISI KANDUNGAN

BIL
INDEX
MUKA SURAT
1.
PENDAHULUAN

1
2.
IBADAH PUASA
1.1  KEPENTINGAN IBADAH PUASA
1.2  PERANAN PUASA DALAM KEHIDUPAN
1.3   

2
6
3.
ZAKAT
2.1 PENGENALAN
2.2 JENIS-JENIS ZAKAT
2.3 KEPENTINGAN ZAKAT
2.4 PERANAN ZAKAT
2.5 MAKSUD DAN HIKMAH SYARIAT ZAKAT


13
13
14
15
16
4.
IBADAH HAJI
3.1 KEPENTINGAN IBADAH HAJI
3.2 KELEBIHAN DAN MANFAAT HAJI
3.3 HIKMAH HAJI


17
18
20
5.
KESIMPULAN

21
6.
RUJUKAN

22
7.
LAMPIRAN
23

zakat

Pengenalan :
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

o    Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran.
o    Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
o    Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

JENIS-JENIS ZAKAT :

Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta :
o    zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
o    Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
o    Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang  penting dalam    ekonomi seperti;
Hasil tanaman dan buah-buahan :
o    Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 
o    Jika diusahakan sendiri 1/20

Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu :
o    Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
o    Emas dan perak (bukan perhiasan)
o    Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
o    Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau  simpanan semasa) kadar 2.5%
o    Barang-barang perniagaan-2.5%


Kepentingan Zakat :

  • Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin.
  • Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin.
  • Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat.
  • Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya.
  • Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain.
  • Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.
  • Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.
·         Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.” (al-Bukhari)
·         Huraian
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-
• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
• membersihkan diri membayar zakat.
• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik



PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI


·         Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.
·         Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.
·         Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
·         Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya. Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses perlaksanaan riba. Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu sistem pinjaman yang dikenakan riba. Modal daripada zakat boleh diberikan kepada fakir miskin yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada sebagai pemberian tunai atau sebagai pinjaman tanpa faedah.
PENDAHULUAN
Ibadah (عبادة) secara etimologi berarti merendahkan diri serta tunduk. Di dalam syara’, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu antara lain :
1.   Ibadah: taat kepada Allah dan Rasul-Nya dengan melaksanakan perintah-perintah-Nya, (yang digariskan) melalui lisan, contoh dari para Rasul-Nya.
2.   Ibadah: merendahkan diri kepada Allah, tingkatan ketundukan yang tinggi disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang tinggi pula.
3.   Ibadah:  sebutan yang mencakup seluruh yang dicintai dan diridhai Allah, berupa: ucapan, perbuatan, yang dzahir maupun bathin. Ini adalah definisi ibadah yang paling lengkap.

Ibadah terbagi menjadi ibadah: hati, lisan, anggota badan. Rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan): ibadah qalbiyah (berkaitan dengan hati). Sedangkan: shalat, zakat, haji, dan jihad: ibadah badaniyah (fisik), masih banyak lagi macam-macam ibadah yang berkaitan dengan hati, lisan dan badan.

Ibadah, menjadi tujuan penciptaan manusia. Allah memberitahukan, hikmah penciptaan jin dan manusia agar mereka melaksanakan ibadah kepada Allah. Allah Maha Kaya, tidak membutuhkan ibadah mereka, akan tetapi merekalah yang membutuhkan-Nya. Karena ketergantungan mereka kepada Allah, mereka menyembah-Nya sesuai dengan aturan syari’at-Nya (Qur’an dan Hadits). Siapa yang menolak beribadah kepada Allah: sombong. Siapa yang menyembah-Nya tetapi dengan selain apa yang disyari’atkan-Nya: mubtadi’ (pelaku bid’ah), pelaku tambahan, memalsu. Dan siapa yang hanya menyembah-Nya dan dengan syari’at-Nya, dia adalah mukmin muwahhid (yang meng-Esa-kan Allah). Matan rumusan tentang ibadah:
Ibadah adalah bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, dengan jalan mentaati segala perintah-perintah-Nya, menjauhi larangan-larangan-Nya dan mengamalkan segala yang diinginkan Allah. Ibadah itu ada yang umum dan ada khusus; yang umum ialah segala amalan yang diizinkan Allah. Yang khusus ialah apa yang telah ditetapkan Allah akan perincian-perinciannya, tingkah dan cara-caranya yang tertentu. Allah  berfirman.




KEPENTINGAN IBADAH PUASA
Allah telah memilih bulan Ramadhan untuk al-Quran diturunkan. Al-Quran adalah mujizat teragong yang Allah kurnia kepada Nabi s.a.w. untuk membimbing umat manusia. Dalam al-Quran Allah berfirman dengan maksud:
“Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Al-Baqarah:
Al-Quran telah menyediakan prinsip-prinsip arahan untuk manusia memandu kehidupan diperingkat dirinya dan bermasyarakat. Menepati semangat tersebut usaha untuk menimba ilmu dari al-Quran untuk menjadi panduan dalam kesemua aspek kehidupan patut diperlipat gandakan. Umat Islam perlu berkeyakinan bahawa usaha mereka tidak memadai dengan membaca al-Quran sahaja di bulan Ramadhan ini. Bahkan umat Islam dituntut meningkat budaya membaca, menyelidik dan menghasilkan ramuan formula untuk menyusun kehidupan menepati arahan al-Quran semoga umat Islam sentiasa berdaya maju dan progresif. Justeru itu usaha-usaha ke arah matlamat tersebut perlu dilipat ganda khususnya di dalam bulan Ramadhan.
Pendekatan al-Quran dalam menyusun kehidupan manusia samada diperingkat individu dan masyarakat sangat bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan untuk mencapai kemuliaan hidup di dunia dan seterusnya di alam akhirat. Dalam konteks tersebut salah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah kemantapan amalan kerohaniah semoga individu Muslim dapat mendampingi dengan Penciptanya Allah s.w.t. Tujuan ini boleh dicapai melalui ibadat puasa.
Al-Quran menjelaskan kewajipan berpuasa sebagai berikut:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)





2.                  Puasa Untuk Menyuci Roh Manusia
Manusia dicipta Allah dengan mengandungi roh, jasad dan akal. Kesemua keperluan untuk memaju komponen manusia ini perlu dipenuhi tanpa pengecualian dan dimajukan secara sepadu.
Allah mengingati manusia dalam al-Quran:
“dan jiwa/roh serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa/roh itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 7-10)
Roh manusia dicipta Allah untuk membeza perkara yang benar dengan yang batil. Justeru itu kejayaan manusia akan dicapai apabila rohnya sentiasa berada dalam keadaan suci. Untuk mengenali perkara yang baik, ibadat puasa adalah di antara ibadat yang mampu mendidik roh manusia ke arah pencapaian tersebut.
Konsep meningkat kekuatan kerohaniah manusia gagal difahami oleh masyarakat sekular. Keruntuhan moral dan hilang pedoman hidup masyarakat sekular dewasa kini adalah disebabkan putusnya hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Ibadat puasa melatih manusia menguasai dan membimbing nafsu kehaiwanannya semoga tunduk kepada sifat kemalaikatan yang terdapat dalam diri manusia.
Islam berkeyakinan bahawa kejayaan untuk membangun diri manusia, masyarakat dan negara bergantung rapat dengan ketinggian akhlak individu. Akhlak tinggi manusia dalam ke semua aspek termasuk dalam aktiviti ekonomi dan sebagainya akan terjamin jika sifat semula jadi yang terdapat pada tiap-tiap diri manusia iaitu sifat kemalaikatan dapat membimbing sifat kebinatangan. Contohnya, usaha untuk memaju ekonomi masyarakat perlu dicapai melalui kemantapan penghayatan akhlak. Bahkan kemantapan kerohaniah manusia akan mengurangkan ketidakadilan ekonomi dari berlaku. Roh yang suci akan mendokong usaha keadilan dalam aktiviti ekonomi bermasyarakat.



Dalam menyusun sistem ekonomi, Islam menganjur semoga prinsip keadilan dapat diamalkan. Dari pendekatan tersebut lahirlah prinsip al'adl wal ihsan diketengahkan. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.” (An Nahl: 90)
Melalui pendekatan prinsip al `adl wal ihsan dalam penyusunan ekonomi, kestabilan dan keharmonian ekonomi mudah dicapai dan seterusnya membantu ekonomi negara mencapai pertumbuhan ekonomi secara berterusan.

3.                  Puasa Membimbing Kegiatan Ekonomi
Dari kesucian jiwa, manusia tidak gelojoh dan hilang pertimbangan dalam penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi. Prestasi kegiatan ekonomi yang berterusan berkualiti memerlukan penghayatan nilai hidup yang luhur secara berterusan. Justeru itu penglibatan individu dalam aktiviti ekonomi turut mengambil kira tugas dan tanggungjawab yang lain.
Aspek ekonomi di sebut dalam istilah yang positif dalam al-Quran. Tetapi berbeza dengan pendekatan ideologi sistem ‘materialisme’ (kebendaan). Bagi Islam usaha untuk memajukan ekonomi adalah untuk meningkat kualiti kehidupan manusia. Justeru itu keperluan kepada kekuatan ekonomi adalah salah satu dimensi yang penting untuk memertabatkan ummah.
Budaya rakus kepada harta bukan pendekatan yang mampu membina daya juang yang berkekalan bahkan ia menimbul kehancuran kepada diri dan masyarakat. Berasaskan budaya rakus akan lahirlah pegangan hidonisme iaitu memuas nafsu adalah pegangan hidup.
Pegangan hidup sedemikian adalah bertentangan dengan fitrah kemanusiaan dan seterusnya mampu menjejas prestasi ekonomi bermasyarakat dan bernegara.





4.                  Puasa Menyusun Sistem Ekonomi
Ibadat Puasa dengan itu membina keinsafan golongan berada terhadap kepahitan hidup golongan miskin. Puasa menanamkan semangat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan bertimbang rasa. Allah berfirman dengan maksud:
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Al-Maa'uun: 1-3)
Justeru itu pembasmian kemiskinan mutlak adalah tanggungjawab keagamaan. Pembinaan ekonomi bermasyarakat dan bernegara memerlukan semua lapisan tenaga manusia dilibat tanpa dikecualikan. Oleh itu melalui pembasmian kemiskinan kesemua anggota masyarakat akan mampu melibat diri secara efektif dalam pembangunan ekonomi negara.
Semangat ibadat puasa turut menganjur kepada penghayatan semangat keadilan dalam kehidupan bermasyarakat, dimana segala bentuk manipulasi dan penindasan dalam kegiatan dan penyusunan ekonomi di tegah. Semangat ini mengarah kepada penghayatan prinsip al adl wal ihsan dalam penyusunan ekonomi bermasyarakat dan bernegara. Ibadat puasa mampu membina diri individu melalui sikap adil, muafakat dan persaudaraan. Ciri-ciri ini adalah asas-asas penting kepada kestabilan ekonomi dan peningkatan prestasi ekonomi.











PERANAN PUASA DALAM KEHIDUPAN
Berbagai penelitian telah mengungkap adanya mukjizat puasa ditinjau dari perpekstif medis modern. Dalam penelitian ilmiah, tidak ditemukan efek merugikan dari puasa Ramadhan pada jantung, paru, hati, ginjal, mata, profil endokrin, hematologi dan fungsi neuropsikiatri.
Penelitian meta analisis atau penelitian terhadap berbagai Abstrak Terkait ini diperoleh dari Medline dan jurnal lokal di negara-negara Islam 1960-2009. Seratus tiga belas artikel yang memenuhi kriteria untuk pemilihan kertas dikaji secara mendalam untuk mengidentifikasi rincian bahan terkait.
Hasilnya, terdapat manfaat luar biasa dan tidak disangka sebelumnya oleh para ilmuwan tentang adanya mukjizat puasa Ramadhan bagi kesehatan manusia. Meskipun puasa Ramadhan aman untuk semua orang sehat dan beberapa kondisi sakit tertentu, namun dalam keadaan penyakit tertentu seseorang harus berkonsultasi dengan dokter dan mengikuti rekomendasi ilmiah.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti oleh umat muslim. Saat itu, dianggap sebagai bulan yang penuh berkah dan rahmah. Semua umat muslim yang sehat dan sudah akil balik diwajibkan untuk berpuasa sebulan penuh. Meskipun untuk sebagian orang ibadah puasa cukup berat, tetapi terdapat keistimewaan untuk mendapatkan hikmah dari Allah berupa kebahagian, pahala berlipat, dan bahkan suatu muhjizat dalam kesehatan.
Allah berjanji akan memberikan berkah kepada orang yang berpuasa. Seperti ditegaskan sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu’aim: "Berpuasalah maka kamu akan sehat." Dengan berpuasa, akan diperoleh manfaat secara biopsikososial berupa sehat jasmani, rohani dan sosial. Rahasia kesehatan yang dijanjikan dalam berpuasa inilah yang menjadi daya tarik ilmuwan untuk meneliti berbagai aspek kesehatan puasa secara psikobiologis, imunopatofisilogis dan biomolekular.
Para pakar nutrisi dunia mendefinisikan puasa atau kelaparan (starvasi) sebagai pantangan mengkonsumsi nutrisi baik secara total atau sebagian dalam jangka panjang atau jangka pendek. Sedangkan konsep puasa dalam Islam secara substansial adalah menahan diri tidak makan, minum dan berhubungan suami istri mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dengan disertai niat. Sehingga puasa memiliki perbedaan dibandingkan starvasi biasa.
Inilah 20 Mukizat Puasa Terhadap Kesehatan Manusia




1. Keseimbangan anabolisme dan katabolisme
Berbeda dengan kelaparan atau starvasi dalam berbagai bentuk dapat mengganggu kesehatan tubuh. Namun sebaliknya, dalam puasa ramadhan terjadi keseimbangan anabolisme dan katabolisme yang berakibat asam amino dan berbagai zat lainnya membantu peremajaan sel dan komponennya memproduksi glukosa darah dan mensuplai asam amino dalam darah sepanjang hari. Cadangan protein yang cukup dalam hati karena asupan nutrisi saat buka dan sahur akan tetap dapat menciptakan kondisi tubuh untuk terus memproduksi protein esensial lainnya seperti albumin, globulin dan fibrinogen. Hal ini tidak terjadi pada starvasi jangka panjang, karena terjadi penumpukan lemak dalam jumlah besar, sehingga beresiko terjadi sirosis hati. Sedangkan saat puasa di bulan ramadhan, fungsi hati masih aktif dan baik.

2. Tidak akan mengakibatkan pengasaman dalam darah.
Kemudian juga berbeda dengan starvasi, dalam puasa Islam penelitian menunjukkan asam amino teroksidasi dengan pelan dan zat keton tidak meningkat dalam darah sehingga tidak akan mengakibatkan pengasaman dalam darah.

3. Tidak berpengaruh pada sel darah manusia
Dalam penelitian, saat puasa tidak berpengaruh pada sel darah manusia & tidak terdapat perbedaan jumlah retikulosit, volume sel darah merah serta rata-rata konsentrasi hemoglobin (MCH, MCHC) dibandingkan dengan orang yang tidak berpuasa.

4. Puasa pada penderita diabetes tipe 2 tidak berpengaruh
Puasa ramadhan pada penderita diabetes tipe 2 tidak berpengaruh dan tidak terdapat perbedaan protein gula, protein glikosilat dan hemoglobin glikosilat. Namun pada penderita diabetes tipe tertentu sebaiknya harus berkonsultasi dengan dokter bila hendak berpuasa. Diantaranya adalah penderita diabetes dengan keton meningkat, sedang hamil, usia anak atau komplikasi lain seperti gagal ginjal dan jantung.




5. Pengaruh pada Ibu hamil dan menyusui
Terdapat sebuah penelitian puasa pada ibu hamil, ibu menyusui, dan kelompok tidak hamil dan tidak menyusui di perkampungan Afika Barat. Ternyata dalam penelitian tersebut disimpulkan tidak terdapat perbedaan kadar glukosa serum, asam lemak bebas, trigliserol, keton, beta hidroksi butirat, alanin, insulin, glucagon dan hormon tiroksin.

6. Pengaruh pada janin saat ibu hami berpuasa
Penelitian di Departemen Obstetri dan Ginekologi dari Gaziantep University Hospital, terhadap 36 wanita sehat dengan kehamilan tanpa komplikasi berturut-turut dari 20 minggu atau lebih, yang berpuasa selama bulan Ramadhan untuk mengevaluasi efek Ramadan pada janin, pengukuran Doppler ultrasonografi dalam peningkatan diameter biparietal janin (BPD), peningkatan panjang tulang paha janin (FL), meningkatkan berat badan diperkirakan janin (EFBW), profil biofisik janin (BPP), indeks cairan amnion (AFI), dan rasio arteri umbilikalis sistol / diastol (S / D) rasio.
Kortisol serum ibu, trigliserida, kolesterol total, low-density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL), very Low density lipoprotein (VLDL), dan LDL / HDL rasio juga dievaluasi sebelum dan sesudah Ramadhan. Hasil penelitian menunjukkan, tidak ada perbedaan signifikan yang ditemukan antara kedua kelompok untuk usia janin, berat badan ibu, perperkiraan kenaikan berat badan janin (EFWG), BPP janin, AFI, dan rasio arteri umbilikalis S / D.

7. Penurunan glukosa dan berat badan
Studi kohort dilakukan pada 81 mahasiswa Universitas Teheran of Medical Sciences saat berpuasa. Dilakukan evaluasi berat badan, indeks massa tubuh (BMI), glukosa, trigliserida (TG), kolesterol, lipoprotein densitas rendah (LDL), high density lipoprotein (HDL), dan Very Low density lipoprotein (VLDL), sebelum dan sesudah Ramadhan. Studi ini menunjukkan bahwa puasa Ramadhan menyebabkan penurunan glukosa dan berat badan. Meskipun ada penurunan yang signifikan dalam frekuensi makan, peningkatan yang signifikan dalam LDL dan penurunan HDL tercatat pada bulan Ramadhan. Tampaknya efek puasa Ramadhan pada tingkat lipid dalam darah mungkin berkaitan erat dengan pola makan gizi atau respon kelaparan biokimia.




8. Pengaruh pada fungsi kelenjar gondok
Ketika berpuasa ternyata juga terbukti tidak berpengaruh pada fungsi kelenjar gondok manusia. Hasil penelitian menunjukkan bahwa tidak terdapat perbedaan kadar plasma tiroksin (TS),tiroksin bebas, tironin triyodium dan hormon perangsang gondok (TSH) pada penderita laki-laki yang berpuasa.

9. Pengaruh pada hormon virgisteron
Sedangkan pada penelitian hormon wanita tidak terjadi gangguan pada hormon virgisteron saat melaksanakan puasa. Tetapi, 80% populasi penelitian menunjukkan penurunan hormon prolaktin. Penelitian ini menunjukkan harapan baru bagi penderita infertilitas atau kemandulan wanita yang disebabkan peningkatan hormon prolaktin. Sehingga saat puasa, wanita tetap berpeluang besar untuk tetap pada kondisi subur.

10. Bermanfaat Bagi Jantung
Beberapa penelitian menyebutkan sebenarnya tidak terdapat perbedaan yang mencolok saat berpuasa dibandingkan saat tidak berpuasa. Puasa Ramadhan tidak mempengaruhi secara drastis metabolisme lemak, karbohidrat dan protein. Meskipun terjadi peningkatan serum uria dan asam urat sering terjadi saat terjadi dehidrasi ringan saat puasa. Saat berpuasa ternyata terjadi peningkatan HDL dan apoprotein alfa1. Penurunan LDL sendiri ternyata sangat bermanfaat bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah. Beberapa penelitian "chronobiological" menunjukkan saat puasa Ramadhan berpengaruh terhadap ritme penurunan distribusi sirkadian dari suhu tubuh, hormon kortisol, melatonin dan glisemia. Berbagai perubahan yang meskipun ringan tersebut tampaknya juga berperan bagi peningkatan kesehatan manusia.

11. Memperbaiki dan merestorasi fungsi dan kinerja sel
Saat puasa terjadi perubahan dan konversi yang masif dalam asam amino yang terakumulasi dari makanan, sebelum didistribusikan dalam tubuh terjadi format ulang. Sehingga, memberikan kesempatan tunas baru sel untuk memperbaiki dan merestorasi fungsi dan kinerjanya. Pola makan saat puasa dapat mensuplai asam lemak dan asam amino penting saat makan sahur dan berbuka. Sehingga terbentuk tunas-tunas protein , lemak, fosfat, kolesterol dan lainnya untuk membangun sel baru dan membersihkan sel lemak yang menggumpal di dalam hati. Jumlah sel yang mati dalam tubuh mencapai 125 juta perdetik, namun yang lahir dan meremaja lebih banyak lagi.
12. Sangat efektif meningkatkan konsentrasi urin dalam ginjal serta meningkatkan kekuatan osmosis urin.
Penghentian konsumsi air selama puasa sangat efektif meningkatkan konsentrasi urin dalam ginjal serta meningkatkan kekuatan osmosis urin hingga mencapai 1000 sampai 12.000 ml osmosis/kg air. Dalam keadaan tertentu hal ini akan memberi perlindungan terhadap fungsi ginjal. Kekurangan air dalam puasa ternyata dapat meminimalkan volume air dalam darah. Kondisi ini berakibat memacu kinerja mekanisme lokal pengatur pembuluh darah dan menambah prostaglandin yang pada akhirnya memacu fungsi dan kerja sel darah merah.

13. Dalam keadaan puasa ternyata dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penelitian menunjukkan saat puasa terjadi peningkatan limfosit hingga sepuluh kali lipat. Kendati keseluruhan sel darah putih tidak berubah ternyata sel T mengalami kenaikkan pesat. Pada penelitian terbaru menunjukkan bahwa terjadi penurunan kadar apo-betta, menaikkan kadar apo-alfa1 dibandingkan sebelum puasa. Kondisi tersebut dapat menjauhkan serangan penyakit jantung dan pembuluh darah.

14. Penurunan berbagai hormon salah satu rahasia hidup jangka panjang
Penelitian endokrinologi menunjukkan bahwa pola makan saat puasa yang bersifat rotatif menjadi beban dalam asimilasi makanan di dalam tubuh. Keadaan ini mengakibatkan penurunan pengeluaran hormon sistem pencernaan dan insulin dalam jumlah besar. Penurunan berbagai hormon tersebut merupakan salah satu rahasia hidup jangka panjang.
15. Bermanfaat dalam pembentukan sperma
Manfaat lain ditunjukan dalam penelitian pada kesuburan laki-laki. Dalam penelitian tersebut dilakukan penelitian pada hormon testoteron, prolaktin, lemotin, dan hormon stimulating folikel (FSH), Ternyata hasil akhir kesimpulan penelitian tersebut puasa bermanfaat dalam pembentukan sperma melalui perubahan hormon hipotalamus-pituatari testicular dan pengaruh kedua testis.
16. Bermanfaat untuk penderita radang persendian (encok) atau rematoid arthritis
Manfaat lain yang perlu penelitian lebih jauh adalah pengaruh puasa pada membaiknya penderita radang persendian (encok) atau rematoid arthritis. Parameter yang diteliti adalah fungsi sel penetral (netrofil) dan progresifitas klinis penderita. Penelitian tersebut menyimpulkan bahwa terdapat korelasi antara membaiknya radang sendi dan peningkatan kemampuan sel penetral dalam membasmi bakteri.

17. Memperbaiki hormon testoteron dan performa seksual
Dalam sebuah jurnal endokrin dan metabolisme dilaporkan penelitian puasa dikaitkan dengan hormon dan kemampuan seksual laki-laki. Penelitian tersebut mengamati kadar hormon kejantanan (testoteron), perangsang kantung (FSH) dan lemotin (LH). Terjadi perubahan kadar berbagai hormon tersebut dalam tiap minggu. Dalam tahap awal didapatkan penurunan hormon testoteron yang berakibat penurunan nafsu seksual tetapi tidak menganggu jaringan kesuburan. Namun hanya bersifat sementara karena beberapa hari setelah puasa hormon testoteron dan performa seksual meningkat pesat melebihi sebelumnya

18. Memperbaiki kondisi mental secara bermakna
Seorang peneliti diMoskow melakukan penelitian pada seribu penderita kelainan mental termasuk skizofrenia. Ternyata dengan puasa sekitar 65% terdapat perbaikan kondisi mental yang bermakna. Berbagai penelitian lainnya menunjukkan ternyata puasa Ramadhan juga mengurangi risiko kompilkasi kegemukan, melindungi tubuh dari batu ginjal, meredam gejolak seksual kalangan muda dan penyakit lainnya yang masih banyak lagi.

19. Peningkatan komunikasi psikososial baik dengan Allah dan sesama manusia
Manfaat puasa bagi kehidupan psikososial memegang peranan penting dalam kesehatan manusia. Dalam bulan puasa terjadi peningkatan komunikasi psikososial baik dengan Allah dan sesama manusia. Hubungan psikologis berupa komunikasi dengan Allah akan meningkat pesat, karena puasa adalah bulan penuh berkah. Setiap doa dan ibadah akan berpahala berlipat kali dibandingkan biasanya. Bertambahnya kualitas dan kuantitas ibadah di bulan puasa akan juga meningkatkan komunikasi sosial dengan sesama manusia baik keluarga, saudara dan tetangga akan lebih sering. Berbagai peningkatan ibadah secara langsung akan meningkatkan hubungan dengan Pencipta dan sesamanya ini akan membuat jiwa lebih aman, teduh, senang, gembira, puas serta bahagia.






20. Menurunkan adrenalin
Keadaan psikologis yang tenang, teduh dan tidak dipenuhi rasa amarah saat puasa ternyata dapat menurunkan adrenalin. Saat marah terjadi peningkatan jumlah adrenalin sebesar 20-30 kali lipat. Adrenalin akan memperkecil kontraksi otot empedu, menyempitkan pembuluh darah perifer, meluaskan pembuluh darah koroner, meningkatkan tekanan darah arterial dan menambah volume darah ke jantung dan jumlah detak jantung. Adrenalin juga menambah pembentukan kolesterol dari lemak protein berkepadatan rendah. Berbagai hal tersebut ternyata dapat meningkatkan resiko penyakit pembuluh darah, jantung dan otak seperti jantung koroner, stroke dan lainnya.
Berbagai kajian ilmiah melalui penelitian medis telah menunjukkan bahwa ternyata puasa sebulan penuh saat bulan ramadhan bermanfaat sangat luar biasa bagi tubuh manusia. Sebaliknya banyak penelitian menunjukkan bahwa puasa berbeda dengan starvasi biasa, secara umum tidak akan mengganggu tubuh manusia. Dalam mencermati temuan ilmiah tersebut akan lebih diyakini bahwa berkah kesehatan yang dijanjikan dalam berpuasa ternyata bukan sekedar teori dan opini. Manfaat puasa bagi kesehatan sebagian telah terbukti secara ilmiah. Wajar saja, bahwa puasa adalah saat yang paling dinantikan oleh kaum muslim karena memang terbukti secara ilmiah menjanjikan berkah dan mukjizat dalam kesehatan manusia.
















ZAKAT

Pengenalan :
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

o    Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran.
o    Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
o    Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

JENIS-JENIS ZAKAT :
Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta :
o    zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
o    Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
o    Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang  penting dalam    ekonomi seperti;
Hasil tanaman dan buah-buahan :
o    Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 
o    Jika diusahakan sendiri 1/20
Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu :
o    Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
o    Emas dan perak (bukan perhiasan)
o    Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
o    Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau  simpanan semasa) kadar 2.5%
o    Barang-barang perniagaan-2.5%

Kepentingan Zakat :
  • Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin.
  • Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin.
  • Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat.
  • Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya.
  • Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain.
  • Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.
  • Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.
·         Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.” (al-Bukhari)
·         Huraian
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-
• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
• membersihkan diri membayar zakat.
• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
PERANAN ZAKAT

·         Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.
·         Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.
·         Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
·         Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya.



MAKSUD DAN HIKMAH SYARIAT ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Di antara hikmah dan maksud Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah :
·         Mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosioekonomi Islam.
·         Membersihkan jiwa pembayar zakat dari sifat mazmumah (bakhil)
·         Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
·         Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di kalangan orang yang berada.
·         Mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang miskin terhadap orang kaya.
·         Mewujudkan perhubungan di antara hamba dengan Allah S.W.T di samping perhubungan manusia dengan manusia.
·         Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat-zakat dari harta mereka.
·         Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam hal ekonomi dan kewangan.
·         Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
·         Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.













KEPENTINGAN IBADAH HAJI

Para  Jumhur ulamak sepakat mengatakan bahawa haji hendaklah disegerakan bagi mereka yang berkemampuan dan bukanlah menangguh-nangguhkannya kerana menangguh-nangguhkannya beserta kemampuan merupakan bahaya yang besar.Ini kerana suasana dan keadaan sentiasa berubah.Oleh sebab itu janganlah memandang remeh dan melambat-lambatkan dalam mengerjakannya jika tanpa sebarang keuzuran syarak.
Di dalam sebuah hadith dari Abu Umamahr.a:
“Orang  yang tiada halangan kerana sebab mendesak, sakit yang menghalang atau penguasa yang zalim sehingga dia tidak mengerjakan haji, maka dia mati insya Allah sebagai Yahudi dan insya Allah sebagai Nasrani”. (Al-Munzari di dalam at-Targhibwa at-Tarhib (202/2) denganSanad yang sahih)
Haji untuk kali pertama sepanjang umurnya adalah wajib. Manakala lebih dari sekali adalah sunat. Sabda nabi saw:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji keatas kamu maka tunaikan haji”.Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah setiap tahun wahai rasulullah? Nabi saw menjawab: “Kalau saya katakanya tentulah menjadi wajib..saya hanya katakana wajib kalau kamu mampu”. (Imam IbnHajar di dalam Talkhis al-habir (831/3) daripada Ibn Abbas tetapi sanadnya terputus dan asalnya ada di dalamSahih Muslim)
Oleh itu mengerjakan haji berulang kali hukumnya sunat. Namun lebih baik perbelanjaan haji digunakan untuk membantu golongan yang lemah, fakir miskin, orang kelaparan dan yang dalam kesusahan di kalangan umat Islam kerana kalaulah harta ini dibelanjakan untuk mereka pastilah dapat menutup ruang-ruang terbuka umat Islam dan memperoleh ganjaran dengan syarat niat yang ikhlas.




KELEBIHAN DAN MANFAAT  HAJI
1.Menghapuskan dosa dan kesalahan. Di dalam hadith dariI bnMas’udr.a:
“Ibadah haji yang diikuti umrah, maka kedua-duanya boleh menafikan kefakiran dan menghapuskan dosa seperti mana alat pengimpal besi tidak kotor dengan besi.Tiadalah balasan yang setimpal bagi haji mabrur melainkan balasan syurga”. (Tirmizi no 810)
Dalam sebuah lain: Daripada Abu Hurairahr.a:
“Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya ”. (SahihBukhari No 1521)
Iaitu Allah mengampuni semua dosa-dosanya.Tiada lagi dosa yang tinggal seumpama bayi yang baru lahir.
Hadith daripada ‘Aisyahr.a:
“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya: Imankepada Allah danRasulnya. Kemudianapa? Jihad di jalan Allah.Kemudian?Sabdanya : Haji yang mabrur (diterima”). (SahihBukhari No 1520)

2. Menghasilkan manfaat ukhrawi seperti zikrullah, tawaf, solat di tanah paling suci di muka bumi dan memuliakan ibadah kepada Allah dansyiarnya. Di dalam hadith:
“Solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali ganda dari solat di tempat lain”. (Bukhari di dalamTarikh al-Kabir (29/4)

3. Perhimpunan tahunan umat Islam sedunia di Mekah untuk menyatukan barisan mereka, mengeratkan hubungan sesame mereka dan meneliti keadaan golongan-golongan yang lemah di kalangan mereka di seluruh dunia.



4. Menghasilkanmanfaatduniawi. Firman Allah:
“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”. (Al-Baqarah: 198)Iaitu bukan suatu dosa dan kesalahan menjalankan perniagaan, melakukan urus niaga jual beli dan meraih keuntungan selama mana tidak menyibukkannya daripada menyempurnakan fardu haji dan tidak menjerumuskannya kedalam kealpaan, kerosakan, kefasiqan, pertengkaran dan sebagainya.

5. Di antara manfaat haji ialah menikmati daging hadiah (korban). Semasa haji diharuskan memakan dagingnya dan menghadiahkan kepada orang lain, bersedekah kepada golongan fakir dan memenuhi keperluan golongan yang memerlukannya. Firman Allah:
“ Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu(korban) itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan”. (Al-Hajj: 33)


HIKMAH HAJI : PENYATUAN UMAT
 
Manfaat yang paling menonjol dalam pelaksanaan ibadah haji ini adalah penyatuan umat yang hakiki. Umat Islam dari seluruh dunia, dengan pelbagai suku, bangsa, bahasa dan negeri yang berbeza-beza, semuanya berkumpul di tempat itu untuk menyuarakan seruan yang sama, iaitu bacaan talbiah, tahlil, tahmid, takbir, zikir dan doa. Inilah pemandangan agung (masyhad a’dzam) yang di-banggakan oleh Allah SWT kepada para malaikat-Nya [HR Ibn Hibban dan Ahmad dari Abu Hurairah]. 
 
Arafah telah mempertemukan seluruh jamaah haji dari pelbagai pelosok dunia. Ketika wukuf telah dimulai, lautan manusia; tua-muda, lelaki-wanita, hitam-putih, semuanya berpakaian ihram tanpa mengira jawatan, status sosial dan kedudukan mereka. Tidak ada kelas, kerana semuanya sama. Di Arafah dahulu, Nabi SAW, sebagai ketua negara menyampaikan khutbah baginda yang sangat terkenal itu. Sabda baginda SAW, 
 
Wahai seluruh umat manusia, sesungguhnya darah dan harta kalian hukumnya haram (suci) bagi kalian, sebagaimana haramnya hari, bulan dan negeri ini.
 
Nabi SAW pun telah membatalkan seluruh praktik dan tradisi jahiliyah, mengharamkan riba dan sebagainya (as-Suyuthi, ad-Durr al-Mantsur, Juz I/534). 
 
Para Khalifah kaum Muslimin setelah Nabi juga melakukan hal yang sama. Di sana, para Khalifah amelaksanakan haji bersama-sama dengan umat Islam yang datang dari  pelbagai penjuru dunia. Di tempat itulah, mereka bertemu dengan Ketua negara mereka. Arafah benar-benar merupakan momentum pertemuan akbar (besar) umat Islam di seluruh dunia. Amirul Mukminin, Umar bin al-Khatthab bahkan menggunakan momentum tersebut untuk bertanya kepada para delegasi haji tentang ehwal walinya yang diangkat untuk melayani kepentingan mereka. Mereka pun boleh mengadukan apa saja yang  hendak mereka adukan kepada sang Khalifah. Umar pun mengumpulkan para walinya dari pelbagai wilayah pada musim haji (al-‘Allamah Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, Nidzam al-Hukm fi al-Islam, hal. 180). 



KESIMPULAN
Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan Konsep dan amalan-amalan lain-lain agama atau kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan “asceiimo”. Ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang yang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung di dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan urusan masyarakat terutama di bidang politik.
Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya. Selain dari itu ibadah mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut hubungan makhluk dan penciptanya.




RUJUKAN


3. unit pendidikan islam dan moral/AA101/ pendidikan islam















No comments:

Post a Comment