jzati ahmad: Cheese Kut/ Cheese Oreo

Friday, 18 March 2016

Cheese Kut/ Cheese Oreo

Assalamualaikum.
Jangan main tanya ok,
aku pernah buat jual kot hahaha.
time cuti sem dulu.
bukan tak cukup duit saja saya buat ni, tapi nak jugaklah merasa duit sendiri kan?
dari tak buat apa, baik buat niaga,
lagipun saya minat niaga.

Gambar dari google tau, pic xdak emm.. hilang haha.

Malas cakap banyak, jom~


gambar sumber dari cik google

BAHAN-BAHAN

250gm Cream Cheese (biar pada suhu bilik)
1/3 tin susu pekat (tin 525 g)
1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
ATAU
oreo (1bungkus)
*cream cracker ni sesuai lagi daripada biskut lain kalau buat ciskut ni.
susu tepung dan bancuh dengan air


CARA-CARA

Putar cream cheese + susu pekat (putar sampai sekata) *ketepikan
celup cream cracker satu-satu dalam bancuhan susu *jangan TERLALU lama, kejap ja
Susun biskut/ oreo yang dicelup tadi dalam bekas
Lapis dengan cream cheese tersebut,
lapisan demi lapisan.
ikut korang la nak banyak mana.
selepas siap, masukkan sekejap dalam peti sejuk,
makan sewaktu sejuk (sedap)
makan sampai habis! jangan membazir!

SIAP! 

psst : topping tu ikutlah letak apa,
nestum ke milo ke chips ke or anything!

ENJOY!



No comments:

Post a Comment