jzati ahmad: Resepi Potato Mix Gravy (Instant)

Thursday, 5 March 2015

Resepi Potato Mix Gravy (Instant)

Asslmkm wbt & Salam 1 Malaysia.

Guys, pernah makan kentang putar kat KFC kan?

ni Snack Plate. Yang berkuah tu kentang putar.

Sekarang aku nak ajar buatnya. Instant ja. Nak buat kuah tu takut tak jadi pula.
So aku nak ajar buat cara paling instant. Tak mahal pun nak beli.

Aku dapat tau resepi ni dari kak Midah tempat aku kerja, dia yang bagi resepi. Credit to her. May Allah bless her and her family always. Aminn.

Jom aku ajar macam mana nak buat, click read more ya sayang2 ku.

Yang ni ada jual tapi aku tak mau guna instant potato ni. Cuma instant kuahnya aja.
Boleh aja guna knorr potato ni, tak da masalah. 
Tapi untuk kejimatan, aku guna potato asli punya.

Untuk kuahnya aku guna yang ni (tengok atas)
Instant Chicken Gravy Mix.
Aku beli RM 20++ la untuk 1KG. Berpatutan. Bukan nak guna banyak pun.
PASTIKAN INSTANT CHICKEN GRAVY MIX ok. Kang tersalah beli.

Bahan2nya.
Untuk Potato 
10 biji ubi kentang (Ubi kentang ya) (kupas kulitnya)
Lada hitam (depend la pedas atau tak. Aku letak dalam 3 sudu kecil)
2 sudu besar buttercup (Aku guna buttercup sebab nanti bau sedap, tak suka tak letak pun takpa)
air (untuk rebusan, pastikan bila ubi dimasukkan air menghapus ubi)

Untuk Kuah
Instant Chicken Gravy Mix (knorr, kalau jumpa yang lain pun tak pa)
1/2 tin cendawan butang (hiris, depend nak hiris macam mana, tak suka tak payah letak pun tak apa) (aku suggestkan, beli tin yang siap hiris tu jimat banyak)
Lada hitam (depend nak letak banyak mana, tak suka pedas boleh letak dalam 1 sudu kecil pun dah memadai)
Air 3 cawan 

Ok jom masak2
Aku guna periuk nasi ja sebab time tu mak aku tengah buat kerja dapur dia.
Tapikan, bila aku rebus ubi kentang guna periuk nasi, cepat masak beb.

CARA-CARA 
Kentang Putar

1. Macam kebiasaan, tak-kan nak makan sekali kulit2nya kan?
Kupas kulit ubi kentang (better guna pisau kupas kulit, jimat)

2. Hiris, (kalau tak hiris nanti lambat masak, nak cepat hiris).
(depend nak hiris macam mana, bulat ka, tiga segi ka, up to you dear)

3. Make Sure air mendidih dulu ya baru masukkan ubi kentang tadi.
Masukkan dalam periuk tadi. (aku rembat periuk nasi ja)

Sorry pic yang aku snap da hilang!

4. Lepas tu tunggulah sampai kentang tu lembik a.k.a lembut.

5. Selepas dah masak, kaup dan biarkan sekejap.

6. Selepas 3 minit, masukkan dalam mixer, ya.. Blender? aku tak tahu, cuma takut tak jadi pulak. Kalau nak lenyek2 macam nak buat cokodok tu pun boleh sih. 

7. Selepas di lenyek2/ mixer, masukkan butter sedikit demi sedikit, make sure ikut SELERA anda ya.

8. Then masukkan lada hitam sedikit demi sedikit dan make sure ikut SELERA anda ya.

9. Bila dah siap, Alhamdulillah, selesai sudah tugas anda untuk menyediakan kentang.
Kaup dan letakkan dalam bekas yang disukai anda.

CARA-CARA
Untuk Kuahnya

Macam aku kata, kalau guna gravy mix Intant ni mudah ja kerjanya.

1. Panaskan kuali/ periuk/ seangkatan dengannya.

2. masukkan air dalam 3 cawan (depend banyak mana kuah anda nak)

3. Apabila air dah mendidih, masukkan Intant Mix tu
PERHATIAN!! 
jangan masukkan sekali gus! tapi masukkan sedikit demi sedikit takut serbuk tu menjadi ketul2. Bila masukkan tu biar jangan bagi ketul2. Tangan anda pastikan tidak lepas dari memegang senduk kayu tu.
Masak ni macam masak khasidah.

4. Macam cakap tadi, jangan bagi ketul2 nanti tak sedap.

5. Sementara tu, ambil air + garam then gaulkan. Masukkan cendawan dalam tin tadi ke dalam air garam tadi (nak bagi hilang bau cendawan yang berkurun dalam tin tu)

6. Bila dah tengok kuah tu dah stabil dan tidak berketul2 baru masukkan  cendawan tadi (pastikan bilas dengan air bersih cendawan yang direndam dalam air garam tadi)

7. Selepas dah masak, rasa dulu ya. Habis tu, tutup api dan sedia untuk dimakan hauhaha!

sorry tak snap cantik2.
tapi nilah jadinya.
Janji sedap (y)

Selamat mencuba ya.

#potatokfc
#instantpotatokfc

No comments:

Post a Comment